logo kuis 02

KUIS VIRTUAL OPEN DAY

10 - 17 JUN 2021

Layari laman web rasmi KUIS di
www.kuis.edu.my

Teruskan Kecemerlangan anda di KUIS!
MOHON SEKARANG!

DI SINI LAHIRNYA.. DAI, ULAMA & UMARAK

Jadikan KUIS Sebagai Landasan Bagi Merealisasikan Cita-cita Anda!

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.

Lawati dan terokai KUIS secara maya!

TENTATIF KUIS VIRTUAL OPEN DAY

KUIS VIRTUAL OPEN DAY 2.0 (10 - 17 JUN 2021)

 HARI PERTAMA : 10 JUN 2021 (KHAMIS) | 9 - 11 PAGI
FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG (FSU)

MEH IKUT SITI MASUK KUIS

Moderator : Kak Jah

Apa kata kita nantikan kemunculan Kak Jah yang memang mengharap sangat anakandanya Siti untuk masuk mendaftar belajar di KUIS.

Kak Jah dah kaji habis dah program-program dari Fakulti Syariah dan Undang-undang ni.

Hari ni Kak Jah nak kongsi kat hangpa pulak.. Meh duk rapat-rapat, kita dengar apa yang bestnya belajar di KUIS ni.

Nak-nak program yang ditawarkan di Fakulti Syariah dan Undang-undang sampai Siti pun teringin nak daftar masuk sini.

 HARI KEDUA : 11 JUN 2021 (JUMAAT) | 10 PAGI  - 12 TENGAH HARI
FAKULTI PENGURUSAN & MUAMALAH (FPM)

Sembang Santai : Ke Mana Hala Tuju Selepas SPM?

Penampilan Istimewa: Naufal Isa

Ingin tahu program-program menarik di bawah Fakulti Pengurusan & Muamalah, jom tonton FB Live KUIS dan @instakuis jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari esok!

Penampilan istimewa saudara Naufal Isa نوفل dalam slot "Sembang Santai: Ke mana hala tuju selepas SPM?". InsyaAllah tentu akan ada program yang adik-adik minat.

Saudara Naufal akan menghiburkan adik-adik dengan lagu nasyid beliau sambil berkongsi kata-kata semangat.

Jangan lupa juga untuk 'follow' FB dan Instagram KUIS dan kongsikan KUIS Virtual Open Day 2.0 kepada rakan-rakan yang lain yang masih mencari tempat untuk sambung belajar ya!

 HARI KETIGA : 14 JUN 2021 (ISNIN) | 9 - 11 PAGI
PUSAT MATRIKULASI (PM)

Jalan Terus

Penampilan Istimewa : Amin Idris

MasyaAllah!!! Ada Tuan Amin Idrislah untuk KVO 2.0 ni!

Ya! Adik-adik tak salah tengok. Alhamdulillah! Kami di KUIS bertuah kerana sentiasa diraikan oleh rakan-rakan instafamous.

Untuk KVO 2.0 ini, Tuan Amin Idris khabarnya akan berbicara tentang tips serta solusi realistik dalam menghadapi suasana PDPR di era pandemik ini.

Ha! pastinya bukan adik-adik sahaja, malah ibu ayah adik-adik juga boleh mendapat manfaat yang sama.

Jom kita sama-sama tonton! Nantikan siarannya secara langsung di FB rasmi KUIS bersama Tuan Amin Idris di KVO 2.0 pada 14 Jun 2021, jam 9.00-11.00 pagi. Kita jalan terus!

Jangan lupa 'follow' @instakuis dan FB rasmi KUIS ya!

Masuk KUISlah nak!
Di sini lahirnya dai, ulama dan umarak!
Peneraju Tradisi Ilmu
Kami tunggu adik-adik untuk mendaftar di KUIS nanti.

 HARI KEEMPAT : 15 JUN 2021 (SELASA) | 9 - 11 PAGI
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSTM)

'Ustaz' IT

Penampilan Istimewa : PU Azman (Che Man)

Mungkin ramai yang masih tak tahu selain daripada program pengajian berbentuk keagamaan, di KUIS juga ada program IT dan Multimedia!!

Sesuailah dengan pesanan daripada Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang mahsyur Ihya’ Ulumuddin;

“Adapun ilmu selain ilmu syarak, dan diperlukan untuk menguruskan urusan dunia seperti ilmu perubatan dan ilmu perhitungan, maka ia adalah fardhu kifayah”.

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS membawakan kepada anda ilmuan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu PU Azman, atau lebih dikenali dengan Che Man untuk berkongsi ilmu dan pendapat beliau berkaitan pengajian IT dalam kalangan muslim. Kenapa pentingnya ilmu ini dan apakah adab dalam mendalami ilmu selain dari ilmu agama khususnya dalam bidang IT?

Mudah-mudahan kita semua akan terus menyeimbangkan proses mencari ilmu syarak dan ilmu dunia yang merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam agar kita tidak ketinggalan dan ditindas di kemudian hari. Jom bersama-sama kami dalam sesi soal jawab dengan Che Man berkaitan topik “Ustaz IT” sempena KUIS Virtual Open Day 2.0

 HARI KELIMA : 16 JUN 2021 (RABU) | 9 - 11 PAGI
FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM (FPPI)

Minda Cemerlang

Penampilan Istimewa: Dai Adam

Almarhum Hamka pernah berpesan "Semakin banyak ilmu semakin lapang hidup, semakin kurang ilmu semakin sempit hidup". Mencari ilmu itu memang tiada batasnya.

Justeru, kepada adik-adik lepasan SPM dan STAM yang masih tercari-cari tempat pengajian terutama dalam bidang pengajian Islam, KUIS melalui Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI) menawarkan tempat dan peluang kepada anda untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat tertinggi.

Untuk KVO 2.0 kali ini, Fakulti Peradaban Pengajian Islam akan menampilkan Dai Adam sebagai hos yang akan bersama-sama 5 orang pelajar cemerlang fakulti. Mereka akan berkongsi rahsia kecemerlangan akademik mereka meskipun mereka adalah pelajar yang aktif dalam sukan dan persatuan.

FPPI juga akan berkongsi tentang kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pengajar mereka yang kebanyakan daripada mereka adalah pakar rujuk dan ilmuan di Malaysia. Jom kita sama-sama saksikan.

 

 HARI KEENAM : 17 JUN 2021 (KHAMIS) | 9 - 11 PAGI
FAKULTI PENDIDIKAN (FP)

Nak Jadi Cikgu Separuh Nyawa???

Penampilan Istimewa: PU Azihal

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang menjadi dewasa,
Sejarah dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Nukilan: Usman Awang, 1979

Terkenang kisah dahulu, ketika aku di bangku sekolah, cikgu pernah bertanya, “Cita-cita kamu apa?” Jawabku, "Mahu jadi pendidik, cikgu!" Waktu itu, yang aku tahu, hanya guru, polis, doktor, askar dan jururawat.

Namun sekarang, zaman telah berubah, pelajar lebih terdedah dengan pelbagai kerjaya yang menarik melalui buku, internet dan media massa.

Tahukah kalian, kerjaya guru ini, bukan semua orang mampu menggalasnya? Tambahan pula dengan cabaran persekitaran hari ini yang begitu mencabar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Justeru, untuk KUIS VIRTUAL OPEN DAY 2.0 kali ini, Fakulti Pendidikan KUIS membawakan kepada anda PU Azihal Bangsawan, salah seorang Alumni KUIS. Beliau adalah seorang pendakwah bebas dan ikon terkenal yang sering berkongsi nasihat melalui ceramah-ceramahnya di seluruh pelosok tanah air.

Beliau akan berkongsi pengalaman beliau berkaitan kelebihan dan kemanisan memilih kerjaya seorang guru. Nak tahu apa kelebihan jika anda memilih Fakulti Pendidikan KUIS sebagai tempat merealisasikan impian anda menjadi guru? Beliau akan berkongsi dalam sesi khas bertajuk "Nak Jadi Cikgu Separuh Nyawa?".

Jadi kepada bakal pelajar yang mempunyai minat dalam kerjaya perguruan, anda wajib menonton siaran langsung ini.

 

KUIS VIRTUAL OPEN DAY 1.0 (20 - 21 MEI 2021)

 HARI PERTAMA : 20 MEI 2021 (KHAMIS)
9:00 - 11:00 PAGI

JOM KENALI FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM (FPPI)

  1. DEKAN : Program Pengajian di FPPI

  2. JABATAN TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT : Demo Bacaan Al-quran dengan Pelbagai Qiraat

    • Noorhidayah binti Mohd Yusoff (Alumni 2017-2021)

  3. JABATAN DAKWAH & USULUDDIN : Sesi Perkongsian bersama Alumni

    • Ustaz Ahmad A'toa' bin Mokhtar (Hos)

    • Amirul Naim bin Mohd Salleh (Usuluddin dengan Multimedia) : Alumni 2014

    • Daie Adam (Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan) : Alumni 2019

  4. JABATAN AL-QURAN & AL-SUNNAH : Demo Penggunaan ICT dalam Subjek Al-Quran & Al-Sunnah

    • Muhamad Azam Najihan bin Jamaluddin (Pelajar Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah)

  5. JABATAN PENGAJIAN BAHASA & LINGUISTIK ARAB : Perkongsian Bahasa Arab Pelancongan - Vietnam, Korea dan lain-lain

11:00 PAGI - 1:00 PETANG

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSTM)

ADA APA DENGAN APPS THENOOR (BY NEELOFA)? : SESI BEDAH APPS ISLAMIK

Selalunya kita bedah buku, kali ini kita bedah apps Islamik ‘TheNoor’. Sesi ini akan menampilkan alumni FSTM yang merupakan salah seorang individu yang terlibat dalam pembangunan aplikasi islamik yang terkenal di Malaysia itu. Beliau juga akan berkongsi tips untuk menjadi seorang pembangun apps/sistem web sebagai kerjaya.

Ahli Panel Jemputan Alumni Diploma Sains Komputer FSTM :

Panel Pertama

Saudara Muhammad Norfarhan bin Norizam
Pembangun sistem dan penganalisa THENOOR APPS BY NEELOFA

Di theNoor beliau diberi tanggungjawab untuk membangunkan fungsi-fungsi tambahan dalam apps theNoor seperti yang ada dalam perancangan syarikat. Beliau juga ditugaskan memantau prestasi apps beserta sistem theNoor supaya berada pada tahap optimum untuk pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Panel Kedua

Saudara Ahmad Safwan Ahmad Mazlan
Penerbit DidikTV, Media Prima

Dengan pengalaman hampir 14 tahun beliau akan berkongsikan pengalaman menyediakan kandungan video dokumentari yang berkualiti untuk dijadikan sebagai tips dan panduan buat mereka diluar sana yang berminat di dalam bidang penyiaran.

2:00 - 3:30 PETANG

FAKULTI PENGURUSAN & MUAMALAH (FPM)

ONLINE LAGI?!

Menampilkan tajuk yang memberikan tips dan perkongsian kepada peserta bagaimana menghadapi PDPR yang akan dijalankan secara online dan memastikan pelajar dapat fokus dan mendapat manfaat yang sebaiknya untuk setiap sesi kelas yang diadakan. Program turut menampilkan pelajar dari FPM untuk beliau kongsikan tips dan Teknik sehingga dapat mencapai keputusan cemerlang semester lepas.

Barisan Panel

  1. Dr. Norziah Othman, Dekan FPM

  2. Dr. Norfaizah Othman, Timbalan Dekan (Akademik & Pengantarabangsaan)

  3. Muhammad Syafiq Saidu Mohamed, Presiden PMFPM

Moderator

Irfan Adnan

3:30 - 5:00 PETANG

FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG (FSU)

PEGUAM SYARIE BOLEH, PENASIHAT SYARIAH BANK PUN BOLEH, DIK...

Program diadakan untuk berkongsi pengalaman untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadikan tugas sebagai Peguam Syarie atau Penasihat Syariah bank sebagai kerjaya mereka. Alumni dari program Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang dan Sarjana Muda Syariah Dengan Muamalat akan turut serta bagi memberikan tips dan berkongsi pengalaman mereka dalam mencapai cita-cita mereka.

Barisan Panel

Alumni Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang, FSU

  1. Muhammad Amirul Ashraf Bin A. Ghani

    Peguam Syarie, Amirul Hani & Associates

  2. Rabiatul Adawiyah Ramli

    Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Associates

Alumni Sarjana Muda Syarian Dengan Muamalat, FSU

  1. Muhammad Khairul Fahmi bin Mohd Nasir
    Graduan Batch Pertama Program

  2. Muhammad Izzat Shamim bin Bakhtiar Azam
    Graduan Batch Pertama Program dan sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana
 HARI KEDUA : 21 MEI 2021 (JUMAAT)
9:00 - 11:00 PAGI

PUSAT MATRIKULASI (PM) & PUSAT PENGAJIAN TERAS (PPT)

READY ?? "STEP ONE" TO YOUR SUCCESS

Forum ini akan memberikan gambaran kepada bakal pelajar, hala tuju di Matrikulasi, dan akan berkongsi apakah tips yang perlu pelajar-pelajar tahu agar dapat mengharungi pengalaman sebagai sebagai pelajar IPT dengan lebih menyeronokkan.

MODERATOR

  • Ustaz Muhammad Sirajuddin Nik Ab Hadi (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni MATRIK)

PANEL SLOT 1: ICE BREAKING

  • Ustazah Wazzainab Ismail ( Pensyarah Bahasa Arab, Pusat Pengajian Teras)

AHLI PANEL SLOT 2: JOM KENAL PROGRAM KAMI!

  • FA01: Cik Hazirah binti Zainol Azam (Ketua Program Asasi Pengajian Islam)

  • FA02: Pn Nurmaizatul Hazirah bt Mustaffa (Ketua Program Asasi Pengurusan)

  • FA03: En. Muhammad Fansuri Mohd Zahari (Ketua Program Pengajian Asas Teknologi Maklumat)

  • FA04: Pn. Noor Hazleena Mohd Nor Hazlee (Pensyarah Bahasa Arab Pusat Matrikulasi)

  • FA05: Pn. Zati Iwani Ismahadi (Ketua Program Asasi Komunikasi)

  • FA06: Cik Mimie Syawalisa bt Salehudin (Ketua Program Asasi Bahasa Inggeris)

11:00 PAGI - 12:30 TENGAH HARI

FAKULTI PENDIDIKAN (FP)

SESUAIKAH SAYA JADI CIKGU?

Ada antara pelajar yang berminat dengan program perguruan tetapi masih tertanya-tanya apa yang perlu ada untuk menjadi seorang pendidik yang baik. Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, bukan hanya ilmu pedagogi yang diperlukan tetapi juga kecerdasan emosi yang tinggi. Jom kembangkan minat diri. Sertai sesi ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan kecerdasan emosi yang sesuai untuk persediaan menjalani program pengajian perguruan

Barisan Panel

Moderator
Cik Natasha Ariffin, Ketua Program TESL FP

Panel Jemputan
Azizah Abdul Jamil @ Zee Jamil

© 2021 KUIS. Hakcipta Terpelihara

Search